List of accesskeys skip navigation

About Us Singapore's oldest and largest tertiary acute hospital and national referral center.

Skip Navigation LinksHome > About Us > Newsroom > News Articles/ Reports

Lutut yang kuat (Singapore Health Issue Nov/Dec, Pg M1)

01 Nov 2011

 

By Keith G Emuang

Puan Manisah Mohd Tahir berjalan dengan langkah yang ringan.  Tapi keadaan beliau tidaklah begitu sebelum ini.  Selama dua dekad, beliau hidup dengan masalah lutut yang melemahkan yang terus membelengunya dengan kesakitan dan membatas pergerakannya.
 
“Pertama kali saya merasa sakit di lutut saya ialah pada awal 90an.  Walaupun saya masih boleh bergerak, ia sering bengkak. Namun, setelah beberapa tahun, masalah lutut saya menjadi sangat teruk sehingga saya tidak boleh berdiri, menyangkung atau tidur tanpa merasa sakit.  Selera makan saya juga amat teruk terjejas,” kata juruwang sebuah pasaraya yang berusia 54 tahun itu.

Penyesuaian ikut ukuran
Ibu dua orang anak itu menjalani satu prosedur pembedahan baru untuk menggantikan lutut kirinya dengan yang palsu di Hospital Besar Singapura (SGH) pada bulan Januari.  Diperkenalkan pada Disember tahun lalu, teknik ini dikenali sebagai Penggantian Keseluruhan Lutut (Peralatan Khusus Pesakit) – menggunakan teknologi komputer untuk membantu doktor bedah meletakkan lutut palsu itu sebelum pembedahan untuk mendapatkan penyesuaian yang hampir tepat semasa pembedahan sebenar pula.  Apabila lutut palsu dipasang dengan tepat, ia boleh bertahan lebih lama lagi.

“Setiap pesakit berbeza kerana umur, jantina, bangsa dan gaya hidup dan teknik ini membolehkan perkara-perkara ini dipertimbangkan sebelum pembedahan dilakukan,” kata Dr Chin Pak Lin, Konsultan, Perkhidmatan Pembinaan Semula Dewasa di Jabatan Pembedahan Orthopedik di SGH, yang menjalankan prosedur selama setengah jam itu.

Pertama sekali, lutut yang terjejas akan diimbas menggunakan MRI kemudian, satu imej tiga dimensi akan dihasilkan dan digunakan dalam program komputer yang membolehkan “pembedahan maya” dilakukan.  Semasa “pembedahan maya” ini, doktor bedah merancang pemotongan yang perlu dilakukan dan selepas itu mengirim maklumat ini kepada sebuah syarikat di Amerika supaya satu acuan memotong boleh dibuat.  Acuan ini adalah unik mengikut pesakit tersebut, mengambil masa sebulan untuk dibuat dan digunakan sebagai panduan tepat yang semasa pembedahan sebenar.

Melalui teknik konvensional, rod pelurusan yang digunakan dalam tulang boleh menyebabkan kesilapan dan memasukkan rod pelurusan dalam saluran tulang – rongga pusat dalam syaf tulang yang mengandungi sumsum tulang – boleh menyebabkan embolisme lemak, keadaan di mana tisu lemak memasuki aliran darah dan menjejas sistem pernafasan.

Teknik baru ini memerlukan masa pembedahan yang lebih singkat dan masa yang pendek menggunakan anestesia, satu risiko besar semasa pembedahan.  Masa untuk persiapan pembedahan juga dikurangkan kerana  sedikit peralatan sahaja yang diperlukan dan pensaizan bahan implan telah ditentukan terlebih dahulu.

Asas untuk perbandingan
Puan Manisah telah menggantikan kedua-dua lututnya – pertama – lutut kanannya – pada April 2009 menggunakan pembedahan standard.

“Setelah menggantikan lutut yang kedua, saya boleh bergerak lebih awal dan pendarahan juga berhenti lebih awal.  Saya tidak perlu terlalu bergantung kepada ubat penahan sakit selepas pembedahan, berbanding dengan pembedahan yang saya jalani pada 2009,” katanya.

“Saya telah tidak merasa seperti ini sejak saya berusia 30an,” katanya.

Click here for JPEG format

  

« Back to previous page

back to top

Last Modified Date :25 Nov 2011