01 Nov 2011
By Thava Rani
Sejak Cik Han Yoke Leng didiagnos menghidap penyakit diabetes mellitus jenis 1 pada usia 19 tahun, beliau harus mengawal kadar gula dalam darah melalui suntikan insulin setiap hari. Ketika beliau mengandung anak keduanya, perubahan hormon semasa hamil mula menganggu tindakan insulin menyebabkan ketahanan insulin dan peningkatan kadar gula dalam darah. Terlalu banyak gula dalam darah boleh menyebabkan komplikasi bagi dirinya sendiri dan bayinya.
“Dalam sebuah kehamilan yang tidak dirancang bagi seorang pesakit di mana kawalan gula dalam darah tidak dikawal secukupnya, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan cepat, dalam masa beberapa minggu, jika boleh, untuk mengurangkan risiko keguguran atau kecacatan semasa lahir,” kata Dr Abel Soh, Perunding Madya, Jabatan Endokrinologi, Hospital Besar Singapura (SGH).
Selain daripada kadar gula dalam darah yang tinggi, pentadbir pejabat berusia 30 tahun itu juga perlu memikirkan tentang kadar gula dalam darah yang rendah yang boleh berlaku apabila jarak waktu makan di antara satu dengan yang lain terlalu lama, melakukan terlalu banyak senaman atau jika terlalu banyak insulin yang telah diambil. Kadar gula yang rendah yang sering berlaku atau terlalu berpanjangan boleh menjejas pertumbuhan bayi atau menyebabkan sawan kepada si ibu.
Mereka yang menghidap diabetes tidak mengeluarkan cukup insulin yang diperlukan dalam metabolisma karbohidrat, protein dan lemak. Tanpa suntikan insulin atau pengambilan ubat melalui mulut, kadar gula dalam darah mereka yang menghidap diabetes akan bertambah, terutama selepas makan.
Tidak seperti Cik Han, Cik Jamilah bte Abdul Latiff, 41 tahun pula, mula menghidap diabetes semasa kehamilan keempat beliau. Dikenali sebagai diabetes gestasi (semasa mengandung), ia berlaku apabila bayi tidak boleh mengeluarkn insulin yang cukup untuk membalas ketahanan insulin yang disebabkan oleh perubahan hormon semasa kehamilan. Diabetes jenis ini selalunya akan hilang setelah bayi dilahirkan, tapi bagi kira-kira dua hingga lima peratus kehamilan, ia akan menjadi penyakit kronik.
Disebabkan komplikasi yang timbul kerana diabetes, wanita seperti Cik Han dan Cik Jamilah dirawat oleh satu kumpulan di Pusat Diabetes SGH terdiri daripada seorang ahli obstetrik, seorang pakar endokrinologi, seorang jururawat dan seorang pakar pemakanan. Sebagai contoh, pakar pemakanan itu akan menasihatkan Cik Han supaya makan dengan kerap tetapi sedikit untuk mengurangkan kenaikan kadar gula mendadak yang berlaku setiap kali selepas makan. Pakar endokrinologi pula akan memeriksa profil gula Cik Han dengan tetap dan menyesuaikan dos insulinnya mengikut perubahan kadar gula dalam darahnya.
Bayi Cik Han membesar dengan luar biasa – satu potensi masalah di kalangan wanita yang menghidap diabetes – dan pasukan perubatan itu memutuskan untuk menyambut kelahiran bayi itu lebih awal. Melahirkan bayi yang terlalu besar secara normal adalah sukar, mungkin tercedera semasa dilahirkan dan akan mudah menghidap penyakit diabetes dalam kehidupan mereka di masa depan. Bayi lelaki Cik Han dilahirkan seberat 4.07kg pada Disember 2010, lebih berat dari anak pertama beliau – kehamilan yang dirancang – yang dilahirkan seberat 3.5kg. Sebelum beliau hamil, Cik Han dan suami telah memastikan kadar gula dalam darahnya terkawal dan mengalami perubahan minimal. Cik Han juga memakan vitamin tambahan, termasuk folik asid untuk membantu menghalang kecacatan semasa lahir seperti spina bifida (pertumbuhan korna spida yang tak lengkap) pada janin.
“Namun, ramai wanita yang sememangnya ada diabetes jenis 1 atau 2 tidak merancang kehamilan mereka walaupun sudah diberitahu risiko mempunyai bayi jika kawalan gula mereka di bawah paras optimal,” kata Dr Soh.
Click here for JPEG format
« Back to previous
page
back to top