List of accesskeys skip navigation

About Us Singapore's oldest and largest tertiary acute hospital and national referral center.

Skip Navigation LinksHome > About Us > Newsroom > News Articles/ Reports

Yayasan Lee derma $5j kepada SingHealth Transplant (Berita Harian, 26 July 2011, Pg 2)

26 Jul 2011

 

By Nurul Dayana Simangoon

KHIDMAT pemindahan organ kumpulan kesihatan setempat, SingHealth Transplant, telah menerima suntikan derma sebanyak $5 juta daripada Yayasan Lee.

Suntikan derma tersebut akan digunakan bagi mempertingkatkan kesedaran dan kefahaman orang ramai tentang pemindahan organ dan tisu, kata SingHealth dalam satu kenyataannya semalam.

Ia juga akan digunakan untuk melatih lebih ramai kakitangan pemindahan organ serta mempertingkatkan penjagaan pesakit dan menggalak kajian tentang pemindahan organ.

Dalam satu majlis penghargaan semalam, sebatang pokok hujan-hujan telah ditanam di luar Kampus Hospital Besar Singapura (SGH) sebagai tanda menghargai sumbangan tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kumpulan SingHealth, Profesor Tan Ser Kiat, memuji Yayasan Lee kerana menyedari akan permintaan yang kian meningkat bagi pemindahan organ dan tisu.

“Kini semakin ramai orang menghidap penyakit-penyakit kronik biasa seperti penyakit darah tinggi dan kencing manis.

“Jika tidak dirawat atau tidak dikawal, penyakit-penyakit ini akan menyebabkan kegagalan organ, justeru kita akan melihat permintaan lebih besar bagi pendermaan organ dan tisu dalam tahun-tahun mendatang,” ujar Profesor Tan.

Pengerusi Jabatan Pembedahan SGH, Profesor London Lucien Ooi, yang merintis khidmat pemindahan organ SingHealth, pula berkata dengan suntikan derma tersebut, pihaknya dapat memperluas kegiatankegiatan mereka, termasuk menganjurkan acara-acara bagi mempertingkatkan kesedaran awam tentang pemindahan organ.

SingHealth Transplant menyediakan lapan program pemindahan organ dan bank tisu, termasuk ginjal, hati, paru-paru, kornea, kulit dan darah tali pusat.

Di auditorium Pusat Mata Nasional Singapura (SNEC) semalam, tiga anugerah juga telah disampaikan SingHealth sebagai mengiktiraf usaha para penyelaras pemindahan organ, yang menyelaraskan program penjagaan pesakit sepanjang mereka dirawat, dan memberikan sokongan kepada pesakit dan keluarga mereka.

Anugerah-anugerah tersebut ialah Anugerah Penyelaras Pemindahan Organ Berdedikasi, Anugerah Penyelaras Pemindahan Organ Paling Berinspirasi, dan Anugerah Penyelaras Pemindahan Organ Cemerlang.

dayans@sph.com.sg
Click here for JPEG format

  

« Back to previous page

back to top

Last Modified Date :27 Jul 2011