18 Feb 2012
KAMI merujuk kepada surat Encik Rosman Haji Ghazali, SGH lewat beri laporan (BH, 11 Februari).
Jabatan Pembedahan Ortopedik menerima lebih 4,000 permohonan bagi laporan perubatan setiap tahun. Ia memerlukan masa dan tenaga untuk meneliti nota kes bagi menyiapkan satu laporan perubatan.
Purata masa bagi menyiapkan satu laporan perubatan ialah antara tiga hingga empat minggu. Lebih banyak masa diperlukan jika pesakit berkenaan mempunyai janji temu klinik lain, yang juga memerlukan nota kes atau apabila doktor utama pesakit itu bercuti.
Dalam kes Encik Rosman, beliau mempunyai beberapa janji temu sususulan selepas permohonannya bagi laporan perubatan, dan nota kes janji temu ini diperlukan bagi pemeriksaan doktor.
Apa pun, kami memohon maaf di atas kelewatan yang berlaku.
Kami telah menghantar laporan tersebut pada 2 Februari lalu.
Profesor Madya Tan Seang Beng
Ketua, Jabatan
Pembedahan Ortopedik
Hospital Besar Singapura (SGH)
Click for jpeg format
« Back to previous
page
back to top