List of accesskeys skip navigation

About Us Singapore's oldest and largest tertiary acute hospital and national referral center.

Skip Navigation LinksHome > About Us > Newsroom > News Articles/ Reports

Khaw ingatkan doktor usah eksploitasi bidang perubatan (Berita Harian, 09 April 2011, Pg 02)

09 Apr 2011

  By: CHAIRUL FAHMY HUSSAINI

MENTERI Kesihatan, Encik Khaw Boon Wan, mengingatkan golongan doktor supaya tidak mengeksploitasi bidang perubatan untuk kepentingan diri sendiri.

Menurutnya, ini kerana rakyat Singapura memandang tinggi terhadap para doktor yang dianggap sebagai karyawan yang berpekerti dan berakhlak mulia – mengatasi karyawan dalam bidang-bidang lain.

"Menerusi tingkah laku anda, anda menunjukkan kepada orang ramai bahawa bidang perubatan adalah satu tugas murni; dan anda terpanggil untuk melakukannya; bidang perubatan bukan satu perniagaan.

"Tidak wujud eksploitasi dalam bidang perubatan," kata Encik Khaw semasa berucap di Mesyuarat Saintifik Tahunan ke-19 di Auditorium Maktab Perubatan semalam.

Dalam ucapannya itu, Encik Khaw turut membentangkan secara ringkas perancangan lima tahun Kementerian Kesihatan (MOH).

Sepanjang tempoh itu, sebuah hospital besar daerah akan didirikan di setiap bahagian negara ini. Usaha juga akan dibuat bagi memastikan usaha jagaan kesihatan Singapura antara terbaik di dunia. Ini selain membangunkan semula poliklinik dan merubah jangkaan kesihatan untuk jangka panjang serta memastikan rakyat Singapura terus sihat.

Selain itu, MOH menerusi pelan tersebut juga ingin menarik penglibatan rakyat dalam aktiviti penjagaan kesihatan, serta memastikan kos khidmat penjagaan kesihatan terus berada berpatutan.

Menyentuh tentang usaha-usaha yang dilakukan sepanjang lima tahun lalu, beliau berkata kementeriannya telah melakukan pelbagai perkara bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan demi membolehkannya menunaikan janji-janji yang dibuat.

Pertama, dengan mengenal pasti bentuk penyakit dan rawatan yang diperlukan seseorang pesakit dan kemudiannya memastikan pesakit mendapat rawatan sewajarnya di hospital serantau tanpa perlu pergi ke pusat rawatan bersifat akademik yang canggih tetapi mengenakan kos yang tinggi.

Kedua, berusaha memastikan rakyat Singapura kekal sihat dan membantu mereka mengurus penyakit kronik yang dihidapi agar kerumitan tidak timbul.Ketiga, memberi tumpuan kepada penyediaan rawatan untuk mengurangkan sakit bagi penyakit yang tidak dapat disembuhkan.


Email: chairul@sph.com.sg

Click for jpeg format

  

« Back to previous page

back to top

Last Modified Date :25 Apr 2011