List of accesskeys skip navigation

About Us Singapore's oldest and largest tertiary acute hospital and national referral center.

Skip Navigation LinksHome > About Us > Newsroom > News Articles/ Reports

Bekas perokok kongsi pengalaman (Berita Harian, 18 May 2011, Pg 09)

18 May 2011

 


KERONGKONG yang kering hingga menyukarkan beliau bercakap sungguh membimbangkan Encik Azmi Mohamed Yasin.

Malah, untuk menelan air ludah pun tekaknya terasa perit.

Risau dengan keadaannya yang juga diserang demam tinggi hingga 40 darjah, Encik Azmi, 46 tahun, berjumpa doktor.

Tanpa diduga keadaannya dilihat serius hingga beliau dimasukkan ke hospital.

Encik Azmi didapati mengalami masalah radang dan bengkak di tisu di belakang tekaknya dan merokok didapati merupakan antara penyebab penyakitnya itu.

Sejak itu Encik Azmi, ayah tiga orang anak remaja, bertekad tidak mahu merokok lagi. Beliau serik.

Bantuan yang diterima daripada Program Berhenti Merokok Hospital Besar Singapura (SGH) memperkuat azamnya.

Kini, sudah kira-kira enam bulan pengurus operator di sebuah syarikat perkapalan itu membuang tabiat merokoknya selepas keluar daripada hospital.

“Alhamdulillah, rasanya badan saya kini lebih sihat,” ujar Encik Azmi riang melalui perbualan di telefon.

“Mula-mula tu ada kesan sampingan seperti gatal-gatal tetapi lepas tu ia hilang.

“Kini, selera makan saya pun dah bagus, tapi saya imbangkan dengan bersenam agar badan tidak terlalu berat,” tambahnya.

Syukur dan gembira dengan kejayaannya berhenti merokok setelah 26 tahun asyik menggetap rokok di bibirnya, Encik Azmi ingin berkongsi pengalamannya menghentikan tabiat buruk itu dengan orang ramai.

Beliau akan hadir dalam forum berbahasa Inggeris mengenai bagaimana berhenti merokok anjuran Jabatan Perubatan Pernafasan dan Penjagaan Kritikal SGH.

Forum bertajuk You Don’t Have to be Alone. Seek Help to Quit Smoking itu akan diadakan pada Sabtu, 21 Mei ini dari 1 hingga 5.30 petang bertempat di Deck on 9, Blok 6, tingkat 9, SGH.

Tiada bayaran dikenakan menghadiri forum yang dianjurkan sempena Hari Bebas Daripada Tembakau Sedunia ini.

Namun, anda dikehendaki mendaftar dengan menelefon Cik Maimunah Mohamed Tahir di 6321- 4685 atau kirim e-mel kepada <maimunah.mohd.tahir@sgh.com.sg>

Hadirin juga berpeluang mendapatkan cenderahati dan menjalani ujian-ujian klinikal bernilai $100.


Click for jpeg format

  

« Back to previous page

back to top

Last Modified Date :18 May 2011