List of accesskeys skip navigation

About Us Singapore's oldest and largest tertiary acute hospital and national referral center.

Skip Navigation LinksHome > About Us > Newsroom > News Articles/ Reports > 2009

Diberi peluang perkembang kerjaya (Berita Harian, Sat, pg 14)

08 Aug 2009

  Tidak seperti sangkaan ramai, seseorang jururawat boleh memperkembang bidangnya daripada setakat penjagaan pesakit.

Seorang jururawat wad urologi Hospital Besar Singapura (SGH), Cik Nur Maizura Abdul Rahim, umpamanya sedang mengejar cita-cita menjadi jururawat penyelidikan.

Jururawat yang berpegang pada prinsip ‘belajar sepanjang hayat itu setapak lebih dekat kepada impiannya apabila beliau dianugerahi biasiswa bernilai sekitar $50,000 untuk melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana muda.

Cik Maizura, 26 tahun, menerima Biasiswa SingHealth-Institut Kejururawatan Lanjutan Alice Lee itu dalam satu majlis sempena Hari Jururawat, yang disambut setiap 1 Ogos, baru-baru ini.

Ibu seorang bayi perempuan berumur lapan bulan itu antara lapan penerima biasiswa tersebut.

Ketika dihubungi, Cik Maizura berkata beliau telah menerima surat tawaran daripada Universiti Curtin di Perth, Australia, bagi program sarjana muda kejururawatan.

Beliau akan menghabiskan masa setahun di sana.

“Jururawat boleh memperkembang kerjaya mereka dan memasuki cabang lain kejururawatan. Bidang ini tidak tertutup dan terhad seperti yang disangka ramai.

“Kami boleh menceburi cabang-cabang yang kami minati, seperti kejururawatan klinikal, kejururawatan penyelidikan, pengurusan dan mengajar (teaching),” kata Cik Maizura yang berkelulusan diploma dan diploma lanjutan kejururawatan Politeknik Nanyang (NYP).

Bagi beliau, adalah sangat penting bagi jururawat terusmempertingkat diri. Ini kerana para pesakit kini rata-rata lebih berpengetahuan dalam penyakit mereka dan jururawat harus mengetahui lebih daripada mereka.

“Secara keseluruhannya bidang ini telah membentuk saya menjadi seorang yang lebih baik dan menyedarkan saya betapa pentingnya kehidupan ini. Saya betul-betul ingin membantu orang lain dan tidak pernah berputus asa,” kata Cik Maizura.

Biasiswa tersebut turut diberi kepada tiga jururawat yang bakal melanjutkan pengajian di peringkat sarjana dan doktor falsafah.

La dibentuk pada 2005 bagi menggalak dan menyokong jururawat SingHealth yang ingin mencapai tahap lebih tinggi dalam pengajian mereka serta mempertingkat sumbangan mereka kepada penjagaan serta pengurusan di sini.


Click for jpg format

 

« Back to previous page

back to top

Last Modified Date :26 Sep 2013