List of accesskeys skip navigation

About Us Singapore's oldest and largest tertiary acute hospital and national referral center.

Skip Navigation LinksHome > About Us > Newsroom > News Articles/ Reports > 2009

Tercapai akhirnya cita-cita meraih ijazah (Berita Harian, Thursday, Pg03)

24 Sep 2009

 

By Oleh Shamsul Jangarodin


Menggenggam segulung ijazah merupakan sesuatu yang sering dicita-cita-kan Cik Mukimah Na'man.

Justeru, apabila peluang tersebut terben-tang di hadapannya dua tahun lalu, juru-rawat berusia 43 tahun dan bertugas di Hospital Besar Singapura (SGH) itu tidak mahu melepaskannya.

Bahkan usia dan tanggungjawab terha-dap suami dan tiga anak juga bukan hala-ngan bagi dirinya yang amat percayakan pada pembelajaran sepanjang hayat.

Jumaat lalu, bersama-sama sekitar 180 siswazah sarjana dan sarjana muda, cita-cita Cik Mukimah itu menjadi suatu kenyataan.

Beliau meraih ijazah Sarjana Muda dalam Sains Kesihatan (Kejururawatan) dari-pada Universiti Sydney.

Program tersebut diambilnya secara sambilan selama dua tahun di SIM Global Education.

"Saya ingin mencabar diri saya kerana saya tahu saya mampu mencapai matlamat saya. Saya juga ingin menjadi contoh terbaik kepada anak-anak saya yang masih bersekolah," jelas jururawat anestesia di Pusat OT Urologi SGH itu.

Ditanya bagaimana beliau membahagi-kan masa dan mengimbangi kerjaya, belajar dan tugas terhadap keluarga, Cik Mukimah berkata beliau sentiasa membawa nota-nota-nya ke mana sahaja.

"Dalam bas ataupun dalam MRT, saya akan baca nota-nota saya apabila berpelu-ang,"katanya.

Menyentuh tentang pencapaian paling berharga semasa mengikuti program sarjana muda itu, Cik Mukimah berkata ia adalah peluang untuk mendalami apa yang pernah dipelajarinya semasa mengikuti kursus Diploma dalam Kejururawatan di Politeknik Nanyang pada 2002.

"Saya memang meminati bidang kejuru-rawatan. Mungkin itu sudah suratan, sebab itu saya sanggup lakukan apa sahaja untuk pertingakatkan diri saya dalam bidang ini," kata Cik Mukimah yang sebelum ini hanya memiliki sijil GCE Peringkat 'O'.

Beliau menambah bahawa pengalaman melihat ibu dan kakaknya menjaga arwah bapanya yang sakit sehingga orang tuanya itu meninggal dunia semasa beliau masih berusia enam tahun meninggalkan kesan yang besar ke atas dirinya.

"Pada waktu itu saya masih kecil dan tidak dapat menjaga arwah bapa. Dengan menjadi jururawat, setidak-tidaknya saya dapat menjaga orang lain," jelas Cik Mukimah yang menganggap setiap pesakitnya sebagai saudaranya sendiri.

Bahkan, sikap ihsan dan penyayangnya sering mendapat pujian.

Pernah suatu ketika dahulu, Cik Mukimah didesak oleh anak-anak seorang pesa-kit berbangsa kacukan Indonesia dan Belan-da agar menjaga ibu mereka kerana tidak mahukan jururawat lain.

Beliau terpaksa pulang ke hospital untuk mendampingi pesakit tersebut, meskipun beliau cuti pada hari itu.

"Namun semua ini tidak dapat saya laku-kan tanpa sokongan moral dan kasih sayang daripada keluarga saya," jelas Cik Mukimah.


Email:
shamj@sph.com.sg

Click for jpg format



 

« Back to previous page

back to top

Last Modified Date :26 Sep 2013